fbpx

De Bruyne puas reaksi balas City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ meraikan jaringan keempat City ketika membelasah United 4-1 pada saingan EPLdi Stadium Etihad awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Kemenangan 4-1 ke atas Manchester United di Stadium Etihad awal pagi semalam membuktikan tindak balas Manchester City untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bintang City, Kevin De Bruyne nyata puas dengan tindak balas pasukan terutamanya selepas pencabar terdekat, Liverpool terus cemerlang meraih kemenangan ke atas West Ham United.

Dua gol yang dijaringkan De Bruyne melengkapkan gol ke-51 dalam pertandingan ini, malah terlibat dalam bantuan jaringan sebanyak 89 dalam 100 perlawanan bagi aksi sebagai tuan rumah termasuk ketika bersama Chelsea sebelum ini.

Dua lagi jaringan The Citizens dijaringkan oleh Riyad Mahrez, manakala gol tunggal United dihasilkan menerusi Jadon Sancho.

“Saya rasa United bermain dengan cara berbeza dan mereka cuba memberikan tekanan kepada kami seperti babak pertama. Kami berdepan beberapa kesukaran untuk mendapatkan bola.

“Namun, pada separuh masa kedua, kami mencipta lebih banyak peluang,” katanya.

Penguasaan dominan City dalam permainan selain ­keupayaan anak-anak buah Guardiola menembusi benteng pertahanan United dilihat menggembirakan penyokong tuan rumah yang suka menyaksikan United menjadi pasukan tewas dan ter­kial-kial.

Sementara itu, Mahrez mengakui dia perlu bersabar untuk meraih peluang meledak gol selepas aksinya agak terhad pada separuh masa pertama sehingga menyaksikan sebahagian besar peluang berlaku di sebelah kiri.

“Saya rasa menyentuh bola sebanyak empat kali dalam 30 minit pertama tetapi dalam kepala, saya perlu kekal fokus.

“Separuh masa pertama bagus dan mereka (United) bermain serangan balas pantas. Pada babak kedua, kami lebih sabar dan mengawal aksi yang membezakan,” kata Mahrez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI