fbpx

Bomba pantau keadaan banjir Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Sungai Serai, Hulu Langat petang ini namun bomba memaklumkan masih belum ada mangsa dipindahkan setakat ini.

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini bersiap sedia menjalankan pemantauan di Hulu Langat jika berlaku kejadian banjir yang lebih buruk susulan hujan lebat.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menggerakkan anggota dari beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berdekatan ke empat lokasi sekitar Hulu Langat, petang ini.

“Anggota dari BBP Pandan dan BBP Semenyih telah digerakkan ke Sri Nanding dan Taman Murni bersama dua bot manakala BBP Bandar Tun Hussein Onn pula dikejarkan ke Sungai Serai, di sini.

“Selain itu, BBP Ampang turut dihantar ke kawasan Batu 11 namun mendapati keadaan air mula surut di lokasi tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bomba juga menerima dua bot bantuan dari BBP Sungai Pinang dan BBP Andalas bagi memantau kawasan Hulu Langat.

Jelasnya lagi, tiada mangsa banjir dipindahkan setakat petang ini dan pihaknya akan mengemaskini maklumat jika terdapat operasi pemindahan mangsa dijalankan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan hujan lebat dan ribut petir dijangka mula melanda sekitar Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI