fbpx

Bazar Ramadan, Aidilfitri terbesar di Johor sasar 15,000 pengunjung sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmat (dua dari kiri) memberi penerangan dalam sidang akhbar berhubung penganjuran Pasar Bangsa Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Syarikat Pengurusan Acara, NMR Monarchy akan menganjurkan Pasar Bangsa Johor sempena Bazar Ramadan dan Aidifitri 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Pengarah Eksekutif NMR Monarchy, Rahmat A Majid berkata, penganjuran acara itu merupakan julung kali diadakan di bawah satu bumbung merupakan yang terbesar di negeri ini.

Menurutnya, Pasar Bangsa Johor akan berlangsung selama sebulan bermula 3 April hingga 3 Mei depan.

“Setelah lebih dua tahun kita dibelenggu pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan ramai peniaga.

“NMR Monarchy berbesar hati mahu membantu para peniaga terkesan untuk bangkit dengan menyertai Pasar Bangsa Johor ini.

“Kita menyediakan 350 gerai jualan untuk bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan pelbagai kemudahan termasuk ruangan berhawa dingin, tempat letak kereta dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Jelasnya, sehingga kini sebanyak 40 peratus booth telah ditempah oleh vendor-vendor dan bakinya masih terbuka untuk peniaga mendaftar.

“Tarikh akhir untuk penyertaan adalah pada 20 Mac ini dan tarikh cabutan pula kita akan laksanakan pada 25 Mac, jadi rebutlah peluang ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, NMR Monarchy mensasarkan seramai 15,000 pengunjung hadir setiap hari dan sasaran jualan RM2 juta menjelang hari akhir Pasar Bangsa Johor pada 3 Mei depan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI