SHAH ALAM – Jumlah mangsa yang terjejas banjir di seluruh Selangor berkurangan kepada 1,030 orang setakat ini.
Statistik setakat pukul 4 petang itu mencatatkan penurunan berbanding 1,215 orang pada 11 pagi tadi.
Berdasarkan makluman Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa berkenaan terdiri daripada 267 buah keluarga.
Katanya, mangsa masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Gombak, Hulu Langat dan Petaling.
“Gombak mencatatkan 160 mangsa daripada 41 keluarga yang dipindahkan ke dua PPS.
“Manakala, Petaling merekodkan 869 mangsa di empat PPS dan Hulu Langat hanya merekodkan seorang mangsa,” katanya.
Tambah makluman itu, terdapat dua insiden cerun runtuh melibatkan daerah Kuala Selangor dan Hulu Langat. -KOSMO!ONLINE