fbpx

Banjir: 16 mangsa dipindahkan ke PPS SK Simpang Durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM mengadakan pemantauan di sekitar Kampung Juntai, Jelebu malam tadi susulan air Sungai Triang berada dalam keadaan berwaspada selepas hujan lebat. /FOTO IHSAN APM

JELEBU – Seramai 16 mangsa daripada tujuh buah keluarga dari Kampung Juntai dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Durian selepas air dari Sungai Triang, melimpah dan memasuki rumah mereka sejak malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd. Syukri Madnor berkata, pihaknya telah mengarahkan penduduk untuk berpindah segera selepas air sungai sudah melimpah terutama di rumah penduduk yang terletak di kawasan rendah.

“Setakat ini, seramai tujuh keluarga melibatkan 16 mangsa telah dipindahkan ke PPS yang telah dibuka pada pukul 9.53 pagi tadi. Semalam ada juga penduduk yang telah berpindah ke surau berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, paras air Sungai Triang kini berada pada tahap berwaspada.

“Kesemua penduduk di kampung tersebut yang berada di kawasan rendah telah berpindah ke PPS. Ketika ini, cuaca agak mendung dan dikhuatiri akan mengalami hujan,” katanya.

Terdahulu Mohd. Syukri berkata, lima buah daerah di Negeri Sembilan telah mengalami banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku petang semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI