fbpx

Angkara halusinasi penganggur lastik lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbuatan suspek melastik ke arah lori di persimpangan lampu isyarat Amanjaya di Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI – Perbuatan seorang lelaki melastik ke arah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Amanjaya di sini semalam membawa padah apabila dia ditahan di rumahnya di Taman Desa Aman, Sungai Lalang di Bedong dekat sini.

Suspek berusia 49 tahun dan merupakan penganggur itu ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam dan mendakwa melakukan perbuatan tersebut kerana halusinasi selain didapati positif dadah jenis Mop.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 30 tahun yang ternampak suspek melastik ke arah sebuah lori sebanyak satu kali pada pukul 6.20 petang.

“Suspek yang memberhentikan motosikal jenis Honda Wave Future di hadapan pengadu dilihat mengeluarkan satu peralatan dan melastik ke arah lori dari arah bertentangan.

“Pengadu telah merakam perbuatan suspek dan memuat naik rakaman video tersebut ke laman Facebook Penduduk Sungai Petani bagi membolehkan orang ramai berwaspada,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI