fbpx

Anak muda terlebih seronok, terpendam lama akibat PKP – Zahidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi (kiri) mendengar penerangan ketika membuat lawatan ke Pusat Media PRU-15 DUN di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menasihati pengunjung program RIUH EK! agar tidak terlalu seronok dan bersederhana selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, insiden video tular yang menunjukkan sekumpulan anak muda berjoget sakan pada program industri kreatif anjuran kementerian itu diharap tidak berulang lagi.

Katanya, pihaknya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan sebaliknya memberi nasihat sahaja selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Program RIUH EK! ialah program yang kita adakan bagi meningkatkan industri kreatif dalam kalangan rakyat sebagai salah satu pendapatan untuk tingkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Tetapi program yang baru-baru ini kita lihat mendapat sambutan yang cukup hebat, jadi masalah apabila anak muda terlebih seronok akibat terpendam lama disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Covid-19.

“Ini menyebabkan berlaku perkara yang di luar kawalan dan melanggar SOP. Oleh itu, kita nasihatkan supaya perkara ini dapat dikawal dan kalau ada tindakan luar kawalan, itu kita serah pada polis untuk mengambil tindakan,” katanya ketika membuat lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Hotel Grand Paragon, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Terdahulu, video yang tular menunjukkan aksi sekumpulan pengunjung anak muda yang berseronok termasuk menyanyi dan menari dalam program RIUH EK! tanpa mempedulikan penjarakan sosial yang boleh menyebabkan berlakunya penularan Covid-19. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI