fbpx

17,543 pembeli rumah PR1MA merupakan golongan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,543 atau 50 peratus pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara terdiri daripada golongan muda yang berusia 25 hingga 35 tahun setakat Disember lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pada tahun lepas sahaja, sebanyak 34 peratus atau 1,904 pembeli rumah PR1MA terdiri daripada golongan itu.

“Ini sekali gus membuktikan harga tawaran rumah PR1MA menjadi kegemaran anak muda dan mampu dimiliki golongan berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang meminta Menteri menyatakan kejayaan KPKT dalam menyediakan projek perumahan mampu milik khususnya bagi golongan muda berumur 25 hingga 35 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI