fbpx

12 negeri terima amaran ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sebanyak 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 10 pagi nanti.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang turut menerima amaran sama ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor,Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Langkawi, Kedah selain seluruh Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak termasuk Manjung dan Bagan Datuk.

“Di Kelantan pula, antara kawasan terlibat meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang merupakan antara kawasan di Selangor yang menerima amaran itu,” katanya di sini tadi.

Semalam,hujan lebat selama lebih tiga jam menyebabkan sebahagian kawasan dan jalan-jalan utama sekitar ibu negara ditenggelami banjir kilat lewat petang semalam.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, antara kawasan paling teruk terjejas adalah di laluan Kuchai Link apabila berpuluh-puluh kenderaan yang berada di atas jalan terperangkap selepas dinaiki air sehingga paras bumbung.

Perkongsian video di media sosial turut menarik perhatian apabila sebuah kereta peronda polis dipercayai terperangkap akibat banjir.

Sehingga pukul 5 petang, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI