fbpx

[VIDEO] Wanita rugi RM5,000 rantai emas diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suspek meragut rantai emas yang dipakai mangsa dalam kejadian di kawasan Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Gombak hari ini.

GOMBAK – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rantai emas yang dianggarkan bernilai RM5,000 diragut seorang lelaki di Kawasan Taman Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, video klip berdurasi 18 saat memaparkan kejadian ragut oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal itu telah tular di platform media sosial.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari ketika wanita (mangsa) yang berusia 27 tahun itu bersama suaminya berada di hadapan sebuah restoran di tempat kejadian.

“Semasa mahu menaiki motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang menaiki motosikal Yamaha 135 LC (hijau) lalu meragut rantai emas yang dipakainya dan bertindak melarikan diri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mendakwa rantai emas itu dianggarkan berharga RM5,000.

Jelas beliau, susulan kejadian itu, pihak polis sedang giat mengesan suspek.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI