fbpx

Wanita rasa terhina juruwang panggil ‘mak cik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
uruwang (kanan) memohon maaf dan membayar wang ganti rugi kepada Xing kerana memanggilnya ‘mak cik’. - Mothership.sg

BEIJING – Seorang wanita dilaporkan  bertengkar dengan juruwang di sebuah pasar raya di China kerana berang selepas dipanggil mak cik oleh pekerja itu, lapor portal Mothership.sg kelmarin.

Dalam kejadian  di Bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang itu, Xing, 41,  berasa terhina kerana disapa sebagai mak cik oleh juruwang lelaki berusia 29 tahun itu.

“Jarak umur kami tidak terlalu jauh jadi mengapa perlu guna panggilan mak cik kepada saya?

“Saya rasa lebih sesuai untuk memanggil saya dengan panggilan kakak,” katanya.

Namun permintaan Xing tidak diendahkan oleh juruwang yang berasakan panggilan mak cik adalah sopan dan tidak melihat sebarang masalah mengenainya.

“Apa salahnya saya memanggil anda mak cik? Saya rasa ia panggilan bersesuaian dengan penampilan dan gaya anda,” kata juruwang itu.

Mereka berdua akhirnya saling berbalas kata-kata dan bertarik rambut sebelum dibawa ke balai polis oleh pihak pengurusan pasar raya.

Kedua-duanya berjaya didamaikan oleh polis sebelum juruwang tersebut membayar wang ganti rugi kepada Xing bernilai S$100 (RM417). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI