fbpx

Wanita kesal, pekerja kedai cakap kesat, hempas barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang wanita yang kurang senang dengan sikap pekerja sebuah kedai serbaneka yang dikunjungi suaminya

PETALING JAYA – Sebagai seorang pekerja yang berhadapan dengan orang ramai pastinya perlu ada kesabaran yang tinggi dalam melayani pelbagai ragam pelanggan.

Namun, mereka juga perlulah sentiasa bersikap lembut dan menjaga bahasa percakapan ketika bersama pelanggan agar tidak mendatangkan persepsi buruk terhadap kualiti kerja dan syarikat perniagaan tersebut.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian seorang wanita yang menceritakan tentang kejadian melibatkan sikap pekerja di sebuah kedai serbaneka sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Seperti kebiasaannya, apabila pesanan telah dibuat, pelanggan akan menunggu seketika sehingga pesanan siap disediakan di ruang kaunter dan pekerja di sana akan memanggil nama atau nombor giliran.

Menerusi hantarannya di TikTok, dia memaklumkan pekerja di kedai berkenaan tidak membuat sebarang panggilan dan hanya meletakkan pesanan begitu sahaja di atas meja.

“Tak lama lepas itu, ada pesanan yang telah siap dan pekerja sana hanya letak atas meja dan biar tanpa panggil sesiapa atau nombor giliran.

“Orang depan suami saya ambil semua pesanan yang ada atas meja, tiada siapa tanya dan tengok,” tulisnya.

Selepas lama menunggu, suaminya telah bertanya kepada pekerja kedai serbaneka itu mengenai pesanannya yang masih belum disiapkan.

“Lepas itu suami saya tanya mengenai pesanan yang dah dibuat, kemudian pekerja tu cakap dah ada atas meja dan suami cakap orang depan tadi dah ambil semua,” katanya.

Malah pekerja berkenaan juga sempat berkata perkataan kesat dan menghempas barang sebelum menyediakan pesanan yang baru untuknya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI