fbpx

Tumbuk, tendang rakan serumah kerana ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Padah menumbuk dan menendang rakan serumahnya hanya kerana tidak berpuas hati ditegur, seorang pencuci kereta terpaksa membayar RM1,500 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Nabiha Mohd. Noor, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhamad Zulhilmi Sholehat, 28, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih belum dituduh didapati dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap, Yazmi Yahya, dengan cara menumbuk serta menendang mangsa.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 11.50 malam di sebuah rumah pangsapuri di Bukit Katil pada 24 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku apabila mangsa telah menegur tertuduh mengenai sikapnya yang didakwa suka membawa masuk individu tidak dikenali serta mencurigakan ke dalam rumah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI