fbpx

7 sungai di Lembah Klang, Selangor lepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Tujuh sungai di Lembah Klang dan Selangor dilaporkan telah melepasi paras bahaya susulan hujan lebat setakat pukul 5.30 petang hari ini.

Menurut laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kesemua sungai terbabit menunjukkan trend meningkat sejak awal petang tadi.

Stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan 31.99 meter (m) melebihi paras bahaya dengan bacaan normal iaitu 29.0 m.

Manakala, stesen sungai Klang di Jambatan Tun Perak merekodkan bacaan 30.12 m dengan bacaan normal iaitu 25 m.

Sementara itu, di Selangor, stesen Sungai Jenderam di Country Homes dan Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang turut dilaporkan melepasi paras bahaya dengan bacaan masing masing 19.82 m dan 24.66 m.

Stesen Sungai Jenderam di Jenderam Hilir dan Pulau Meranti juga mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya dengan bacaan iaitu 12.42 m an 17.32 m.

Dalam pada itu, Stesen Sungai Klang di USJ 1, di sini turut dilaporkan meningkat di atas paras bahaya dengan bacaan 12.57 berbanding becaan normal 10.9 m.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi kawasan-kawasan di negeri sebelah barat semenanjung yang dijangka berlarutan sehingga lewat malam ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI