fbpx

Terowong SMART ditutup akibat banjir kilat di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Terowong Smart.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan penutupan terowong SMART berikutan banjir kilat yang melanda ibu kota.

LLM dalam satu ciapan di Twitter berkata, antara laluan yang akan terjejas akibat penutupan terowong itu ialah laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar.

“Selain itu, susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras turut ditutup,” ciapnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sebuah video tular di media sosial memaparkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir selepas hujan lebat melanda ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI