fbpx

Terkilan tak sempat kongsi saat bahagia bersama arwah ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SYAHIRAH (kanan) mencium ibunya selepas Istiadat Konvokesyen Ke-15 Unimap di Arau semalam.

ARAU – Walaupun terkilan ke­rana tidak sempat berkongsi kejayaan dengan arwah ayahnya, jasa dan pengorbanan lelaki itu sentiasa menjadi pedoman dan panduan graduan cemerlang Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Nur Syahirah Mohd. Zaini, 26.

Nur Syahirah berkata, ayah­nya, Mohd. Zaini Mohd. Yaacob mening­gal dunia pada Julai tahun lalu disebabkan masalah buah pinggang dan komplikasi lain.

“Dahulu semasa sihat, bapa menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Tidak lama kemudian, bapa berhenti kerana kesihatannya merosot.

“Walaupun bapa tidak mampu melihat dan bergerak sendiri serta perlukan sokongan orang lain, dia sangat mengambil berat mengenai perkembangan anak-anaknya terutama melibatkan pelajaran,” katanya ketika ditemui di Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, di sini semalam.

Ujar anak kedua daripada lima beradik itu, ibunya, Wan Zalella Wan Sembok, 51, sentiasa me­laporkan perkembangan terkini mengenai dirinya kepada ba­panya dan lelaki itu sentiasa menyokong dan memberi semangat semasa dia belajar.

Nur Syahirah dianugerahkan Pingat Emas Canselor yang disempurnakan oleh Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa Istiadat Konvokesyen Ke-15 Unimap di Dewan Ilmu, Kampus Alam, Pauh Putra di sini kelmarin.

“Saya masih ingat lagi ketika mula mendaftar di Unimap, ayah menggagahkan diri menghantar saya walaupun terpaksa dipapah keluar dari kenderaan.

“Terima kasih ayah kerana menyokong Angah sejak kecil sehingga berjaya memperoleh kejayaan pada hari ini,” katanya sambil menahan sebak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI