fbpx

Sindiket tawar urutan, seks ‘JB Girls Escort’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita dan lelaki warga asing yang diberkas Jabatan Imigresen Malaysia dalam serbuan di Taman Pelangi, Johor Bahru, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Satu sindiket menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram dalam mempromosi bisnes pelacuran dengan menawarkan wanita warga asing dengan harga antara RM250 hingga RM350.

Malah sindiket ini juga licik apabila berselindung disebalik rumah urut di sebuah premis di Taman Pelangi di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Kegiatan tidak bermoral itu bagaimanapun terbongkar hasil risikan dan serbuan sejak sebulan lalu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam Sabtu lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan bermula pukul 7.45 malam itu, 15 wanita warga asing bersama seorang lelaki Myanmar ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 wanita Thailand, seorang wanita Laos serta seorang lelaki Mynmar.

Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan disyaki penjaga premis. Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 25 tahun,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, dalam serbuan itu juga 12 individu disyaki pelanggan termasuk empat lelaki warga asing turut diperiksa.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket ini menggunakan WhatsApp dan Telegram dalam menawarkan perkhidmatan pelacuran.

Jelasnya, bakal pelanggan akan mengakses pautan media sosial melalui carian Google dengan kata kunci ‘JB Girls Escort’ sebelum pelanggan boleh memilih wanita yang diinginkan.

“Pemilik premis berselindung disebalik rumah urut dikesan menawarkan khidmat mereka bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam dengan caj antara RM250 hingga RM350 untuk pakej urutan dan seks,”katanya.

Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Manakala pelanggan yang diperiksa pula dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI