fbpx

Sebak terima diploma anak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. Razak dan Najah Aspalela menunjukkan diploma yang diterima arwah anak mereka, Nur Hanis Nuraishah selepas Majlis Konvokesyen UCAM kali ke-19 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai, Seremban, hari ini.-FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Sepasang suami isteri sebak selepas hadir untuk menerima sendiri sijil diploma bagi Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) Ke-19 yang diadakan di Nilai di sini hari ini.

Abd. Razak Isa, 57 dan isterinya Najah Aspalela Alias, 52, dari Kampung Tedung, Lanchang, Temerloh, Pahang hadir menaiki pentas bagi mewakili Allahyarham Hanis Nuraishah Nasuha yang merupakan graduan Diploma Sains Pertanian di UCAM, Alor Gajah, Melaka.

Abd. Razak berkata, anaknya itu meninggal dunia pada 14 Julai tahun lalu akibat kemalangan selepas terbabas sendiri ketika menunggang motosikal selepas pulang dari tempat kerja.

“Arwah anak saya sudah menamatkan Diploma Sains Pertanian pada tahun lepas dan bekerja di sebuah syarikat di Lanchang, Temerloh selama sebulan setengah sebelum meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 14 Julai tahun lalu.

“Saya agak sebak dan sedih kerana mewakili arwah hari ini. Saya dan isteri gagahkan juga menaiki pentas untuk mengambil sijil arwah pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen UCAM Kali ke-19 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI