fbpx

Remaja lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengangkat mayat remaja yang mati lemas ketika mandi sungai di Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas selepas mandi-manda bersama dua lagi rakannya dalam kejadian di sebuah sungai di Ulu Tiram di sini petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd. Yazid Anuar, 17.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Yusri Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.29 petang.

Jelasnya, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiga remaja yang berusia 14 dan 17 tahun melakukan aktiviti mandi-manda sebelum salah seorang lemas sebelum hanyut.

“Pasukan operasi melakukan pencarian di kawasan sekitar sebelum menjumpai mangsa lemas pada jarak 13 meter dari tebing sungai yang berkedalaman dua meter,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Ujarnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI