fbpx

PSG kecundang tanpa kehadiran Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIONEL Messi (tengah) yang turut berada dalam kesebelasan utama gagal membantu PSG ketika mereka tewas kepada Nice awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Ketiadaan Kylian Mbappe nyata beri kesan besar buat Paris Saint-Germain hingga me­nyaksikan pendahulu Ligue 1 itu tewas 1-0 kepada Nice di Allianz Riviera awal pagi semalam.

PSG nyata berdepan situasi sukar untuk memberikan aksi terbaik, namun Nice dipaksa me­nunggu sehingga minit ke-88 sebelum memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi Andy Delort.

Biarpun gagal meraih kemena­ngan, PSG masih kekal selesa di puncak liga, namun keputusan itu jelas menimbulkan keresahan buat pengendalinya, Mauricio Po­chettino ketika mereka dija­dual menghadapi Real Madrid di pentas Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

Di sebalik kekecewaan, Pochettino percaya kekalahan ter­sebut akan memberi kesedaran kepada semua pemainnya untuk tampil lebih kuat bertemu Real nanti.

“Saya fikir kami begitu kece­wa kerana gagal memenangi perlawanan ini. Kami mengawal permainan, namun gagal menjaringkan gol dan dalam perlawanan seperti ini, situasi ini (bolos) boleh berlaku walaupun di saat akhir.

“Ia perlawanan yang seimbang tetapi sepatutnya kamu tidak boleh tewas. Bagaimanapun, ma­sih ada perkara positif yang kami dapat ambil daripada perlawanan ini.

“Tiada cara lain kecuali kami perlu memperbaiki prestasi pa­sukan.

“Sudah pasti ia menjadi perlawanan berbeza ketika menentang Real Madrid nanti dan kami tidak boleh buat perbandingan dengan perlawanan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI