fbpx

KPT cadang jawatankuasa kembangkan bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara-negara ASEAN.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, jawatankuasa ini akan merancang pelbagai program kerjasama termasuk penyelidikan, pengembangan bahasa Melayu di IPT di negara-negara ASEAN dan program terjemahan serta adaptasi karya karya iimu.

Beliau berkata, KPT turut mengenal pasti 19 universiti di Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina yang berpotensi untuk program-program kolaborasi dengan universiti tempatan.

“Dalam hal ini, KPT telah melantik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai sekretariat bagi memulakan kerjasama strategik itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pada ketika ini, terdapat kira-kira 300 juta orang penutur bahasa Melayu di negara-negara induk bahasa Melayu dan di negara negara ASEAN lain yang mempunyai komuniti berbahasa Melayu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI