fbpx

Jadi ‘pokok bunga’, trofi Grammy? Ini penjelasan Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

PETALING JAYA – Tidak pernah gagal mencuri tumpuan dengan fesyen ganjilnya, penyanyi Aina Abdul sekali lagi menjadi perbualan umum apabila memilih untuk menjadi ‘pokok bunga’ dan trofi keemasan berprestij ‘Grammy’ pada Anugerah Juara Lagu ke-36.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani menjelaskan, baju kedua yang digayakan untuk lagu Sepi mendapat inspirasi daripada trofi ulung dunia, Grammy Awards.

“Sebenarnya, baju itu inspirasi daripada trofi Grammy Awards, Oscar dan termasuklah trofi AJL yang bersalut dan berona emas.

“Kita nak beritahu walaupun tak menang, kita tetap akan rasa seperti pemenang. Terima kasih kepada pereka busana tersebut, Tengku Syahmi. Dia juga orang sama yang buat baju ketika era ‘berdarah’ lagu Sumpah dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Aina ditemui pada sesi sidang media usai AJL36 melabuhkan tirai pada Ahad yang menyaksikan dirinya diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Popular (bersama Khai bahar menerusi lagu Nafas Cinta).

Menyentuh tentang busana menjadi ‘pokok bunga’ yang digayakan ketika mendendangkan lagu Nafas Cinta, Aina, 29, dirinya sengaja memberi simbolik bunga mekar sesuai dengan perjalanan lagu didendangkan.

“Busana pertama (bunga) daripada Melinda Looi. Beliau beri input (pendapat) yang sangat baik. Saya cakap nak satu tema yang membawa maksud mekar berkembang sesuai dengan lagu.

“Akhirnya, jadi busana yang mega bertemakan bunga. Kami gunakan banyak ranting, bunga hidup dan juga bunga plastik,” jelasnya.

Sejak awal pembabitan dalam AJL, Aina acapkali mencuri tumpuan dalam acara muzik tersebut. Ketika bertanding menerusi tiket Sumpah dua tahun lalu, dirinya dikecam kerana busananya ‘berdarah’ sehingga ada melabel persembahan sebagai mempromosi perbuatan membunuh diri.

Edisi tahun lalu, Aina juga memercik kontroversi dan sensasi tersendiri apabila busana digayakan ketika menyanyikan lagu Semalam disamakan dengan bungkusan kuih almond London. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI