fbpx

Hujan berterusan di Sabah hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri Sabah sehingga 9 Mac ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebooknya berkata, antara kawasan yang dijangka dilanda cuaca hujan berterusan ialah di Pantai Barat pada Rabu ini.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Selasa, 8 Mac 2022 sehingga Rabu, 9 Mac 2022,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran hujan berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

“Sementara itu, amaran hujan berterusan (Waspada) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia berkata, beberapa daerah di 11 buah negeri dikenakan amaran ribut petir sehingga pukul 7 malam ini.

Negeri yang terlibat ialah seluruh Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Selangor.

Sementara itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI