fbpx

Elak lalu kawasan banjir kilat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan menolak sebuah kereta yang terperangkap dalam banjir di Kuala Lumpur hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati orang ramai agar mengelakkan daripada melalui kawasan banjir kilat.

Menerusi ciapannya di Twitter, beliau berkata, sebanyak enam kawasan di pusat bandar telah dilanda banjir kilat dan dinaiki air.

“Kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

“Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI