fbpx

Didakwa lagi rasuah tutup kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahenthiran ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dua Februari lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan yang sebelum ini, didakwa atas lapan pertuduhan rasuah menutup kes kematian pekerja asing akibat Covid-19, didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan membabitkan kesalahan sama.

Bagaimanapun tertuduh C. Mahenthiran ,51, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mahenthiran didakwa secara rasuah menerima suapan berjumlah RM200,000 daripada seorang lelaki berusia 51 tahun untuk membantunya daripada dikenakan tindakan dan menutup kes kematian pekerja asing yang merupakan warga Bangladesh akibat Covid-19.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing di hadapan sebuah premis di Taman Sri Ehsan dan hadapan sebuah bank di Kepong di sini pada 29 Julai dan 3 Ogos 2021.

Bagi kedua-dua kesalahan itu pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan pilihan iaitu memperdaya mangsa sama bahawa tertuduh boleh menutup kes kematian warga asing itu sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang yang didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Selangor, Mohd. Aliff Shaharuzaman menawarkan jumlah jaminan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain memohon kes yang dipertuduhkan hari ini dipindahkan ke Mahkaman Sesyen Shah Alam.

“Ini kerana kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam yang pernah dituduh sebelum ini membabitkan saksi-saksi dan siasatan kes sama,” kata Mohd. Aliff. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI