SELEPAS tiga bulan, penyanyi Camila Cabello akhirnya mendedahkan punca hubungan cinta selama dua tahun bersama Shawn Mendes menemui kegagalan.
Menerusi satu temu bual bersama New Music Daily Apple, Cabello berkata, perpisahannya dengan Mendes terjadi selepas mereka mencapai kata sepakat untuk berpisah.
Cabello berkata, hubungan mereka tidak lagi seperti yang dia harapkan apabila mendakwa percintaan yang terjalin selama dua tahun itu dilihat tidak sihat.
“Saya merasakan hubungan kami tidak menjadi semakin baik. Saya mahukan hubungan yang sihat dan penuh dengan perkara-perkara baharu,” katanya.
Ujar penyanyi berusia 25 tahun itu, dia turut mengakui hubungan cintanya bersama Mendes tidak lagi bahagia sekali gus menjadi punca utama mereka membawa haluan masing-masing.
“Kami perlu belajar untuk menjadi lebih dewasa supaya dapat mencipta hubungan yang lebih sihat,” kata penyanyi lagu Havana itu.