fbpx

Bayi 24 hari maut selepas menyusu aktif, suka tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHAYA mendukung jenazah bayinya yang berusia 24 hari ketika keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Rembau semalam. – NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang bayi pe­rempuan berusia 24 hari yang meninggal dunia selepas me­nyusu di rumah keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas, di sini kelmarin seorang yang aktif dan suka tersenyum.

Ibunya, Rohaya Abu Bakar, 42, berkata, dia terkejut sebaik dimaklumkan bayinya, Nurul Ain Darwisya Hanafiruz mening­gal dunia selepas dihantar ke Hospital Rembau di sini.

Cerita wanita itu, sebelum kejadian, dia meninggalkan bayinya untuk dijaga oleh anak sulungnya yang berusia 18 tahun kerana mahu makan te­ngah hari bersama anak-anak yang lain.

“Anak sulung saya mahu membetulkan bedung Ain ke­rana longgar. Biasanya apabila bedung dibuka, Ain akan me­ngangkat tangan, namun dia tidak berbuat demikian.

“Semasa dipegang, saya dapat merasakan Ain masih ber­nyawa kerana badannya panas dan nadi masih ada. Sebaik tiba di hospital, doktor memberikan bantuan pernafasan, namun Ain disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Hospital Rembau semalam.

Rohaya berkata, dia tidak menyangka diuji dengan pe­mer­gian anak bongsu daripada enam adik-beradik itu kerana Nurul Ain kelihatan seperti bia­sa iaitu aktif, suka tersenyum sambil menunjukkan lesung pipit selain kuat menyusu.

“Sepatutnya pada 8 Mac ini saya akan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan pendengaran, namun Ain sudah tiada,” ujarnya.

Jenazah Nurul Ain dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Pedas sebelum asar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Moha­mad berkata, hasil bedah siasat tidak menemui punca kematian bayi berkenaan dan pihaknya menunggu keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI