fbpx

Banjir: 300 mangsa, lapan PPS dibuka di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir di Selangor yang dipindahkan ke PPS

SHAH ALAM – Seramai 300 mangsa banjir ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kesemua mangsa berkenaan terdiri daripada 56 keluarga.

Katanya, lapan pusat pemindahan berkenaan sudah dibuka setakat pukul 8.30 malam tadi.

“Ia melibatkan Dewan Camelia Sek 10 PH, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman dan Dewan Puchong Jaya.

“Selain itu, PPS dibuka di Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35,” katanya menerusi akaun rasmi Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan melibatkan 11 lokasi banjir di negeri ini setakat pukul 7.30 petang tadi.

“Lokasi yang dikenalpasti antaranya Kampung Sri Kundang, Kampung Gombak (Kuang), Siera Mas, Kampung Sungai Merab (Cyberjaya), pekan Meru dan Bandar Baru Sungai Buloh.

“Ia turut melibatkan Kampung Melayu Sungai Buloh, Taman Medan (Petaling Jaya), Kampung Tengah (Subang), Taman Kinrara (Puchong) dan Taman Sri Langkas (Cyberjaya),” katanya.

Jelas beliau, rata-rata kawasan itu tidak melibatkan pemindahan mangsa.

“Namun, kita masih sedang mengenal pasti jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI