fbpx

27,435 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia mula menunjukkan penurunan apabila sebanyak 27,435 kes dilaporkan semalam selepas mencatatkan angka melebihi 30,000 selama tiga hari berturut-turut sebelum ini.

Jumlah kes positif baharu yang dilaporkan semalam itu menunjukkan penurunan berbanding empat hari kebelakangan ini apabila sebanyak 33,406 kes dilaporkan kelmarin, 33,209 kes pada 4 Mac, 32,467 kes pada 3 Mac dan 27,500 kes positif pada 2 Mac lalu.

Menurut data yang dipamerkan pada laman web CovidNow hari ini, sebanyak 254 kes positif dilaporkan semalam merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dengan jumlah kumulatif kes Covid-29 negara merekodkan sebanyak 3,622,607 kes.

“Mengikut pecahan kes yang dilaporkan di seluruh negara, kes semalam dilaporkan di Selangor (7,453 kes), Kuala Lumpur (2,584 kes), Kedah (2,901 kes), Johor (2,212 kes), Pulau Pinang (2,270 kes), Sabah (2,101 kes), Pahang (1,522 kes), Negeri Sembilan (1,581 kes) dan Kelantan (1,517 kes).

“Seterusnya Perak (1,438 kes), Sarawak (1,184 kes), Terengganu (869 kes), Melaka (719 kes), Labuan (254 kes), Perlis (240 kes) dan Putrajaya (151 kes),” demikian paparan maklumat tersebut hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 55 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,228 kes serta sebanyak 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,869 kes.

Sebanyak 308,251 kes aktif dilaporkan melibatkan 295,704 kes dikuarantin di rumah, 3,510 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,658 kes di hospital, 163 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 216 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI