fbpx

186 mangsa banjir dipindahkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota BBP Teluk Intan melakukan pemantauan susulan hujan di beberapa kawasan sejak semalam.

IPOH – Seramai 186 orang daripada 30 keluarga dari dua daerah di Perak dipindahkan apabila penempatan mereka dilanda banjir hari ini.

Daripada jumlah itu seramai 168 orang melibatkan 26 keluarga di Kampung Berop, Muallim dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari.

Menurut Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, penduduk dipindahkan mulai pukul 5.40 petang tadi apabila penempatan mereka dinaiki air.

“Hujan lebat berterusan lebih dua jam menyebabkan kampung tersebut dilanda banjir kilat setelah paras air Sungai Kampung Berop meningkat.

“Sehingga malam ini, pemantauan di kawasan terjejas mendapati air masih belum surut malah semakin naik,” katanya dalam satu kenyataan.

Di daerah Hilir Perak pula, seramai 18 orang daripada empat keluarga di Batu 7 1/2, Lorong Mesra, Teluk Intan dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak . – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI