fbpx

Zirafah halal dimakan, siput babi pula haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zirafah (kiri) dan siput babi.

PUTRAJAYA – Daging zirafah halal dimakan umat Islam kerana haiwan itu tergolong dalam haiwan kategori herbivor.

Menurut Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, haiwan itu hanya memakan daun, ranting dan buah dari pokok dan pokok renek.

Menurutnya, zirafah juga sama sekali tidak memiliki taring, apatah lagi memburu haiwan lain dengan taringnya.

“Selain daripada itu juga, zirafah bukanlah daripada spesies kacukan haiwan-haiwan yang diharamkan, tetapi merupakan haiwan daripada jenisnya yang tersendiri.

“Oleh yang demikian, hukumnya adalah kembali kepada hukum asal haiwan darat iaitu harus dan halal dimakan selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, siput babi atau nama saintifiknya, escargot haram dimakan umat Islam dimakan kerana ia termasuk dalam jenis hasyarat (sejenis serangga) yang dianggap jijik dan kotor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI