fbpx

Wanita pilih pesawat mainan jadi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandra dan pesawat mainannya, Luffancs. - Jam Press

BUDAPEST – Seorang wanita nekad memilih sebuah pesawat mainan sebagai kekasih dan menganggap ia adalah pasangan terbaik yang pernah dimilikinya, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Sandra,28, melayan alat permainan itu seperti teman lelaki sebenar dengan memberi ciuman selamat pagi dan selamat malam setiap hari.

Menurut wanita itu, ‘hubungan cinta’ antaranya dengan kapal terbang mainan bernama Luffancs bermula awal Januari lalu selepas membelinya secara online dengan harga £600 (RM3,315).

“Saya tidak tahu mengapa, saya cuma cintakannya.

“Luffancs adalah cinta sejati saya dan kami akan bersama selamanya,” katanya.

Tambah Sandra, dia sudah lama mempunyai obsesi terhadap pesawat namun ia menjadi serius selepas hubungan cintanya gagal tahun lalu.

Wanita itu mendapati pesawat mainan lebih setia berbanding manusia dan mengambil keputusan menjalin hubungan dengan barangan itu.

“Saya tidak pasti adakah saya akan kembali bercinta dengan manusia, mungkin tidak,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI