fbpx

Tidak perlu lagi permit untuk bersolat di Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah hanya perlu menunjukkan status vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna untuk memasuki dan menunaikan solat di Dua Masjid Suci. - Saudi Gazette

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa orang ramai tidak perlu lagi memohon permit dan membuat temu janji untuk menunaikan solat di Masjidil Haram di Mekah, lapor akhbar Saudi Gazette, semalam.

Pengumuman itu bermaksud jemaah kini boleh bersolat di Dua Masjid Suci dan menziarah makam Rasulullah SAW tanpa memerlukan sebarang permit.

“Jemaah hanya perlu menunjukkan status vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna untuk memasuki dan menunaikan solat di Dua Masjid Suci,” kata kementerian.

Bagaimanapun, kementerian memaklumkan bahawa permohonan permit masih perlu dilakukan untuk menunaikan umrah dan bersolat di Al-Rawdah Sharifa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI