fbpx

Tahun ini balik raya dengan bergaya – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan bahawa orang ramai akan dibenarkan pulang beraya di kampung tanpa sebarang halangan daripada pihak kerajaan.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan telah membenarkan penganut agama Kristian, Hindu dan Tionghua meraikan hari raya.

“Saya dah maklum pada Perdana Menteri bahawa kita (orang Islam) akan beraya dengan bergaya pada tahun ini.

“Ia sebagai tanda pemulihan di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya pada satu sesi ceramah di Kota Masai di sini semalam.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, sebelum ini ramai bimbang tidak akan dapat balik beraya di kampung meskipun telah divaksin.

“Insha-Allah tahun ini balik kampunglah, kita bersama keluarga kita waktu hari raya nanti,” ujarnya.-KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI