fbpx

Sewa rumah di Singapura tertinggi dalam tujuh tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenaikan harga sewa rumah di Singapura didorong oleh permintaan yang melebihi bekalan, ekoran kelewatan pembinaan akibat sekatan Covid-19. – Unsplash

SINGAPURA – Harga sewa rumah di Singapura meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun meskipun populasi bandar raya itu mencatatkan penurunan sejak dua tahun lepas, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Indeks harga sewaan bagi bangunan kediaman meningkat 9.9 peratus kepada 114.2 bagi tempoh suku keempat tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Kenaikan kadar sewa itu didorong oleh permintaan yang melebihi bekalan, ekoran kelewatan pembinaan akibat sekatan Covid-19.

Menurut laporan, pandemik menyebabkan masalah kekurangan pekerja dan sumber lain di Singapura, seterusnya menyebabkan pembinaan pangsapuri  dan rumah awam lain mengalami kelewatan.

Sementara itu, penganalisis-penganalisis  menyalahkan kenaikan harga sewa kediaman  kepada beberapa faktor.

Antaranya adalah, semakin ramai  penduduk Singapura yang menyewa ketika hartanah yang  mereka beli sedang dibina.

Kenaikan harga hartanah turut mendorong penduduk untuk menjual rumah mereka, sekali gus mengehadkan bekalan kediaman  untuk sewa.

Selain itu, terdapat juga warganegara Singapura yang kembali ke tanah air dan menuntut semula kediaman yang mereka sewakan kepada orang lain. 

Selain itu, lebih ramai penduduk Singapura meninggalkan rumah keluarga masing-masing untuk menyewa kediaman dan  ruang pejabat sendiri bagi tujuan bekerja dari rumah. 

Harga sewa yang tinggi di Singapura itu dilaporkan akan bertahan selama beberapa tahun lagi sehingga lebih banyak bangunan kediaman baharu dibina. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI