fbpx

Ramalan AJL36 Neelofa, tangisan Bilal vokal terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA meramalkan Marsha menang vokal terbaik sementara dua lagu, Mimpi dan Pelukan Angkasa berpeluang merangkul gelaran juara keseluruhan.

PETALING JAYA – Masih lagi dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Bilal hujung Januari lalu, selebriti dan usahawan jelita, Neelofa tetap setia memberikan ramalan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bakal berlangsung malam ini.

Apa yang mencuri tumpuan dan membuatkan orang ramai tertawa adalah ramalan pemilik nama lengkap, Noor Neelofa Mohd. Noor untuk kategori vokal terbaik.

“Vokal terbaik, Tangisan Bilal (sambil menyertakan emoji wajah dengan air mata kegembiraan),” seloroh Neelofa, 33 menerusi Twitter.

Menerusi ciapan sama, bekas pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun dengan serius meramalkan bahawa kejutan akan dilakukan Marsha menerusi lagu Cinta ciptaan pasangan suami isteri, Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) untuk kategori vokal terbaik.

Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu turut meramalkan dua lagu berpotensi besar untuk merangkul kemenangan malam ini iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa dendangan  Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah.

Tahun lalu, Neelofa meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul sebagai juara AJL ke-35 namun lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi itu hanya sekadar menduduki tempat naib juara.

Pada edisi ke-34, ramalan Neelofa mengena apabila lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel diangkat sebagai juara keseluruhan.

Malam ini, 12 buah karya terbaik negara akan berentap untuk AJL36 iaitu Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Salahku (Yonnyboii), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha).

Sementara itu, Aina Abdul turut bertanding menerusi dua buah lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta (duet bersama Khai Bahar). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI