fbpx

PRN Johor: Polis tolak debat terbuka elak ketegangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU – Polis Johor menolak permohonan MCA untuk mengadakan debat secara bersemuka melibatkan presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada petang ini.

Ketua Polis, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, program itu tidak diberikan ‘lampu hijau’ untuk diteruskan kerana dikhuatiri mewujudkan suasana tidak tenteram di negeri ini.

“Berdebat secara bersemuka kita tidak benarkan dan tolong faham keadaan kerana ia boleh mewujudkan suasana yang tidak tenteram. Sekarang ini, keadaan tenang dan semua parti politik yang hendak berkempen boleh lakukan dengan aman.

“Jadi kita tidak mahu ada satu perkara yang boleh memecahkan keamanan yang menyebabkan rosak habis semua tidak boleh berkempen.

“Saya telah berbincang dengan pegawai saya dan hasil perbincangan tersebut kita membuat ketetapan untuk tidak membenarkan debat itu berlangsung, yang kita benarkan hanya ceramah sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sesi perdebatan antara parti MCA dan DAP yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI