fbpx

PRN Johor: Anwar puas hati minggu pertama kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim (duduk dua kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat ketika menghadiri program 'walk-about' di sekitar Sungai Tiram, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan sambutan diterima pihaknya sepanjang minggu pertama tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Beliau yang juga merupakan Presiden PKR itu memberitahu, pergerakan jentera PH dan juga parti itu juga lancar tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Semuanya okay, semuanya baik, sambutan orang ramai juga sangat baik,” katanya ringkas apabila diminta mengulas berhijrah perjalanan kempen PH dan PKR menjelang hari pengundian pada 12 Mac ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengiringi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, S. Gopalakrishnan dalam progam Santuni dan Sarapan Pagi Bersama Masyarakat Sungai Tiram di sini hari ini.

Sementara itu, Gopalakrishnan yang juga Naib Pengerusi PKR Johor mengakui perbalahannya dengan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini tidak memberi kesan dalam kempen beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI