fbpx

PRN Johor: 22,531 polis, ATM undi awal Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seramai 22,531 individu yang terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Selasa ini.

Ketua Polis, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 11,576 adalah merupakan warga PDRM Johor di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, bagi memudahkan kesemua yang terlibat mengundi awal, sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran akan disediakan.

“Proses undi awal akan dijalankan di permis-permis PDRM dan ATM seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan-dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem-kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem-kem tentera.

“Nasihat saya bagi yang mengundi awal, sentiasa peka kepada arahan-arahan petugas Kementerian Kesihatan. Sebelum menunaikan tanggungjawab ini pastikan membuat saringan Covid-19 terlibat dahulu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, seramai 382 anggota dan pegawai polis Johor sudah mendaftar dengan undi pos bagi PRN Johor ini.

“Daripada 382 individu yang memohon untuk mengundi pos, seramai 276 telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala selebihnya adalah tidak.

“Jadi, mereka perlu hadir ke pusat mengundi pada Selasa ini bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk undi awal,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI