fbpx

Penduduk minta treler terhumban dialihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan treler yang masih belum dialihkan dan dibimbangi membahayakan penduduk yang melalui terowong jalan Kampung Orang Asli Sungai Peria, Sahom di Kampar.

Oleh: LIYANA RAMLI

KAMPAR – Penduduk Kampung Sungai Peria di sini mahu pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) mengalihkan treler yang menghalang laluan utama untuk keluar dari kampung akibat kemalangan pada 3 Mac lalu.

Setiausaha Ahli Parlimen Kampar, Azlan Helmi berkata, keadaan treler yang seolah-olah tergantung setelah terhumban akibat kemalangan membimbangkan keselamatan penduduk.

“Kira-kira 100 penduduk di sini terjejas untuk melakukan aktiviti harian kerana jalan utama untuk keluar dari kampung terhalang.

“Ini merupakan satu-satunya jalan penduduk keluar masuk dan tiada jalan lain untuk mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar terowong jalan Kampung Orang Asli Sungai Peria, Sahom di sini.

Terowong tersebut juga satu-satunya jalan penduduk keluar masuk.

Menurut Azlan, pada hari pertama kejadian, pihak PLUS ada mencuba untuk mengubah treler tersebut namun gagal.

“Selepas cubaan untuk mengalihkan treler gagal, kenderaan tersebut ditinggalkan begitu sahaja.

“Syarikat pengendali lebuhraya itu juga tidak meletakkan sebarang tanda amaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI