fbpx

OKT mati dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hari ini mengesahkan kematian orang kena tahan (OKT) dalam tahanan polis di lokap Balai Polis Pusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Bintulu, Sarawak.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.15 pagi semalam melibatkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun.

“OKT adalah seorang lelaki warga Indonesia berumur 48 tahun, yang ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“OKT telah dituduh pada 1 Mac 2022 dan ditempatkan sementara di lokap Balai Polis Pusat IPD Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, OKT mengadu mengalami sesak nafas dan telah dihantar ke Hospital Bintulu pada 5 Mac lepas untuk menerima rawatan lanjut.

“Pihak hospital telah memaklumkan OKT tersebut telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” ujarnya.

Jelasnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI