fbpx

Model tawar khidmat uji kesetiaan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lekker akan menggoda lelaki untuk menguji kesetiaan mereka sebagai bukti kepada teman wanita yang mengupahnya. - Instagram

LONDON – Seorang wanita seksi menawarkan perkhidmatan yang menguji kesetiaan pasangan kepada para wanita lain dengan bayaran berharga £1,400 (RM7,737), lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Carolina Lekker berkata, perkhidmatannya adalah sebagai satu bentuk bantuan kepada wanita yang berasa sangsi dengan pasangan masing-masing.

Jika lelaki itu terbukti setia, Lekker akan mengembalikan ‘yuran’ perkhidmatan yang telah dibayar.

Model ini menjalankan modus operandi dengan cuba berfoya-foya dengan lelaki yang disasarkan dan cuba mengatur pertemuan dengannya.

Sekiranya lelaki itu mengabaikan godaan Lekker, maka itu bermakna jejaka itu setia dan teman wanitanya akan mendapat semula wang yang telah dibayar.

“Saya gunakan wang yang dikumpul daripada perkhidmatan ini untuk membiayai pembedahan kosmetik.

“Saya sudah mengumpul lebih £7,400 (RM40,895) daripada perkhidmatan menguji kesetiaan dan permintaan terhadapnya semakin meningkat,” ujar Lekker. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI