TAK dinafikan memang pelakon cantik manis Nora Danish awet muda orangnya walaupun sekarang dah berusia 40 tahun.
Maka apa sahaja yang dipakai pelakon beranak dua itu sangat ‘on point’ sebab dia memang seorang yang ada cita rasa tinggi dalam berfesyen.
Cuma ada yang tak berapa senang dengan perkongsian Nora dalam Instagram baru-baru ini apabila memuat naik gambar fesyen seluar dipakainya koyak rabak.
Tambah membuatkan netizen membanjiri ruangan komen, apabila hantaran tersebut disertakan dengan sebuah ‘quote’ berbunyi: “I was mature for my age. But I was still a child!”
Maka berduyun-duyunlah netizen berbaris meninggalkan komen dengan menegur Nora agar menjaga pemakaian sesuai dengan peningkatan usianya. Makin tua, makin menjadi-jadi katanya. Nak jadi kanak-kanak pun agak-agaklah.
Itu belum lagi ada yang mengecam dan meninggalkan kata-kata perlian sebab seluar koyak rabak dipakai Nora tak ubah seperti kain buruk. Alahai netizen.
Janganlah suka sangat mengecam orang lain, itu hidup dia, terpulanglah Nora nak jalaninya macam mana sekali pun. Nak tegur boleh, tapi berpada-padalah ya!
DIVA: Kasihannya tengok anak Ain Edruce, Soraya dijangkiti Covid-19. Itu ujian untuk ibu bapa.