fbpx

Katil tergantung Naim, gaun ‘semak-samun’ Aina curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persembahan finalis Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Naim Daniel dan Aina Abdul Mencuri perhatian penonton dengan konsep yang dibawakan mereka.

Naim ketika muncul membawakan lagu Purnama tampil dengan persembahan menyanyi di atas katil tergantung sehingga membuatkan penonton berasa seriau.

Lebih menakutkan sewaktu Naim membuat persmbahan, kelihatan katil yang tergantung bergoyang dan senget, sekali gus membuatkan penyanyi terpaksa menyeimbangkan badannya.

Penyanyi berusia 25 tahun itu ketika ditemui selepas membuat persembahan mengakui keadaan katil yang menjadi ‘pentasnya’ ketika membuat persembahan berada dalam keadaan tidak stabil.

“Katil tidak stabil dan senget. Takut juga sebenarnya,” ujar Naim.

Aina Abdul pula menerusi duet dengan Khai Bahar mendendangkan lagu Nafas Cinta sekali lagi menarik perhatian dengan fesyen pelik yang diperagakan.

Aina mencuit hati penonton apabila memakai gaun yang dikatakan seperti ‘pasu bunga’ bergerak.

Malah ada juga netizen menggelar Aina seperti baru sahaja keluar dari semak-samun dek pakaian yang dipakainya meriah dengan bunga-bungaan dan dedaunan merimbun.

“Aina Abdul baru lepas redah semak ke sebelum naik pentas? Banyak sangat pokok dengan rumput tersangkut,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sekadar info, AJL36 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menampilkan hos pelakon Nabila Huda bergandingan dengan penyanyi, Alif Satar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI