fbpx

‘Gamer’ ditipu RM42,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Kerana terlalu obses dengan permainan video dalam talian, seorang pelajar universiti mengalami kerugian sehingga RM42,500 selepas diperdaya dalam pembelian mata wang permainan video berkenaan.

Kerugian berkenaan membabitkan wang milik mangsa sebanyak RM1,705 manakala sebanyak RM40,795 adalah wang milik ibu mangsa yang merupakan seorang pesara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula Jumaat lalu selepas mangsa melihat satu hantaran di media sosial Instagram di rumahnya di Kampung Pandan 2 di sini.

“Selepas melihat hantaran di media sosial Instagram bernama ajgamingstoree yang menjual mata wang permainan video dalam talian mangsa berminat untuk membeli kerana pihak terbabit menawarkan harga yang murah berbanding di Shopee.

“Mangsa berminat untuk membeli sebanyak 38,400 mata wang permainan video berkenaan dengan harga RM600 dan telah membuat pembayaran melalui internet ke satu akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Wazir selepas membuat pembayaran berkenaan, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan lain untuk pelbagai caj penukaran mata wang berkenaan.

“Mangsa telah terpedaya dengan helah suspek sehingga membuat 10 kali transaksi pembayaran berjumlah RM42,500 ke tiga akaun berbeza yang diberikan suspek sebelum dia tersedar sudah ditipu.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI