PETALING JAYA – Cuaca cerah dilaporkan hampir di seluruh negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak pagi ini.
Menerusi laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya di YouTube, keadaan cuaca baik itu dijangka berlarutan sehingga ke tengah hari.
“Baimanapun, keadaan cuaca mendung mula meliputi Johor dan mengunjur sehingga ke Melaka setakat ini.
“Manakala, hujan pula tertumpu di satu dua tempat melibatkan pesisir pantai daerah Kuantan, Pekan Rompin sehingga Mersing,” Katanya.
Menurut MetMalaysia, keadaan ini sedikit sebanyak akan membina awan kenvektif menjelang tengah hari ini dan menyebabkan cuaca mendung serta hujan di Semenanjung.
Bagi di Sabah dan Sarawak, keadaan cuaca turut dilaporkan cerah sehingga ke tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE