fbpx

Cuaca buruk hampir di kesemua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.

“Di Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Di Pahang pula, amaran dikeluarkan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera,” katanya.

Sementara itu, amaran yang sama turut dikeluarkan bagi keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di sebelah selatan, hujan lebat hanya tertumpu bagi kawasan Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu dan Limbang sementara di Sabah tertumpu di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI