fbpx

Buat aduan jika ragui keputusan RTK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BAGAN SERAI – Orang ramai diminta agar tidak mempercayai bulat-bulat pelbagai video di media sosial yang memaparkan keputusan kit ujian pantas (RTK) yang meragukan.

Sebaliknya aduan perlu dilakukan supaya siasatan dapat dibuat bagi mengetahui kebenaran video itu dan keaslian RTK yang digunakan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, setiap RTK yang dikeluarkan perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Penjualan RTK tanpa kelulusan adalah satu kesalahan, ia sama seperti penjualan sijil vaksinasi palsu dan tindakan berat boleh diambil.

“Ini kerana ia menggugat kepercayaan dan kesihatan orang ramai,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN