fbpx

Bisnes umpama larian maraton!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maraton memerlukan pesertanya mengekalkan momentum sepanjang perlumbaan. – Gambar hiasan

PEJAM celik, kita sudah masuk bulan terakhir bagi suku pertama tahun 2022 ini.

Moga segala apa yang dirancang pada penghujung tahun lalu atau awal tahun ini membawakan result yang disasarkan, insya-Allah.

Lihat balik prestasi semasa, apa lagi perlu dibuat pada Mac sebelum berakhirnya bulan ini.

Sebagai usahawan, saya selalu sebut kita perlu ada matlamat yang jelas agar segala perancangan dan strategi dibuat selari dan mudah dicapai.

Namun langit tak selalu cerah, bangsa usahawan pastinya akan berdepan cabaran mengikut tahap bisnes dan situasi semasa.

Tak mungkin usahawan tak ada cabaran sepanjang proses membina bisnes yang berjaya.

Mustahil! Pasti akan ada cabaran apatah lagi untuk seseorang usahawan itu berkembang dan pergi ke next level.

Itu sebabnya pada minggu lalu, saya sebutkan tentang kepentingan metamorfosis bagi bangsa usahawan.

Larian maraton

Bidang bisnes memerlukan anda melalui proses perjalanan yang jauh dan mencabar.

Ia umpama larian maraton. Sepanjang laluan 42 kilometer bagi maraton penuh, pelari perlu kekalkan momentum atau sustain hingga ke garis penamat.

Ia berbeza dengan pelari pecut 100 meter yang perlu menggunakan segala tenaga yang ada untuk tempoh lebih singkat, cuma beberapa saat.

Saya masih ingat ketika saya dilatih dan bekerja dalam sales & marketing, leader cakap jangan ingat hari ini belajar terus boleh buat jualan, jangan rasa bila latih pasukan anda boleh terus pandai.

Semua itu adalah proses, ada yang kena belajar berkali-kali baru faham dan perlu dilatih secara berterusan agar tidak ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di sekeliling.

Jangan fikir bisnes boleh cepat berjaya dan terus capai apa yang anda mahukan.

Cuba lihat syarikat dan jenama Nestle, Matsushita dan Gucci, yang bertahan lebih 100 tahun.

Sebab itu anda kena faham lima perkara yang boleh dipelajari daripada larian maraton:

1. Nak bina bisnes yang mampan, anda kena bina ketahanan dan stamina untuk ‘paksa’ diri keluar dari zon selesa.
2. Masa anda tengah perlahankan momentum atas apa-apa sebab, itulah masa untuk recover dan bina semula prestasi.
3. Dapatkan fuel atau pengisian yang betul bagi mendapatkan prestasi tenaga efisien. Dalam diri ini, ada empat perkara perlu kita jaga iaitu jasad, akal, hati dan roh.
4. Ambil kira setiap peristiwa penting atau jarak yang dicapai dan sambut kejayaan kecil itu yang membawa kepada kejayaan utama atau sasaran anda.
5. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, perlu kekal fokus yang tinggi untuk melepasi ‘garisan penamat’.

Sebenarnya dalam hidup ini, kebanyakan orang yang berjaya dia adalah ‘pelari maraton’ kerana dapat mengekalkan momentum hingga ke garisan penamat, iaitu matlamat masing-masing.

Anda pilih yang mana, seorang pelari pecut atau maraton?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI