fbpx

Banjir : 19 mangsa terjejas di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau rumah mangsa yang dilanda banjir kilat di Kampung Sungai Punti, Serdang hari ini.

BANDAR BAHARU – Seramai 19 mangsa dari empat buah rumah di Kampung Sungai Punti, Serdang di sini terjejas dalam kejadian banjir kilat pada petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku selepas air Sungai Punti melimpah akibat hujan lebat berpanjangan selama lebih dua jam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah  Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, hujan lebat menyebabkan air dari kawasan bukit dan sungai melimpah ke kawasan rendah.

“Paras air sungai meningkat dengan cepat iaitu kira-kira satu meter dan melimpah ke kawasan rumah penduduk.

“Walau bagaimanapun banjir sudah mulai surut dan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, anggota APM terus melakukan pemantauan di kawasan terjejas serta membantu mangsa memindahkan barangan penting ke tempat selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI